Leave Here

Sunday, 23 September 2018

Jadilah Peniaga Yang Profesional ! Jangan Terlampau Nak...


isyyy geramnya aku. Ni nak cerita pasal kawan aku yang kena block dekat facebook aku semalam. Mana nya tak kena block kalau dah annoying. sebenarnya tak sampai hati pun nak block tapi aku rasa terpaksa.

citernya macamni, dia merupakan peniaga online ataupun "dropship" produk dalaman suami isteri. aku taktahu lah produk tu kategori apa, nanti aku upload gambar dekat bawah ni...
oh ya,kawan aku ni belum berkahwin ya. Dia join dropship ni sebab nak tambah pendapatan. Baguslah tu kan

Yang tak bagusnya strategi marketing dia. Dia promote jualan dia guna akaun personal facebook, bukan page. Masalahnya, dia post hampir setengah jam sekali produk dia tu ! Hari hari okey dia buat macamtu. Bila aku tengok profile dia, penuh dengan barang niaga dia. Paling aku tak tahan, setiap kali dia pos lah dia nak tag aku. 

Nak dijadikan cerita, disebabkan aku dah start rasa annoying so aku pun ambik keputusan untuk unfriend je dia. Fuhh lega sikit walaupun rasa serba salah. 
Esoknya, dia add aku balik
aku teragak agak nak accept atau tak. aku biarkan dulu dan main facebook macam biasa.
lepas 4jam, dia pm aku

"kenapa kau unfriend aku ? taknak support member berniaga ke ? melayu tolong melayu la"
Fuh berapi aku masatu. Rasa nak maki pun ada jadi aku ambik keputusan block terus. sebelum tu aku memang dah fikir yang block je lah cara paling terakhir.
Selamat tinggal memberku. semoga bisnes makin kencang

okey, ni aku tunjuk gambar produk tu

actually, gambar ni bukanlah produk yang kawan aku jual tu, produknya lebih kurang macamni. terutamanya ayat pengiklanan dia.

sumber : google



another reason aku block dia is iklan separuh lucah ni. ni contoh je tau, bukan produk yang kawan aku jual tu. bayangkanlah iklan macamni lalu setiap 30 minit kat new feed aku. mana boleh tahan weh ! aku pulak yang rasa malu

sebabtu aku tak rasa rugi kalau aku block dia. aku blockdia dekat facebook tak bermakna aku putus kawan dengan dia


aku ni bukan apa, yelah guna profile personal akaun kan..mesti friendlist kita tu nak baca mengenai diri kita jugak, bukan nak tengok barang jualan je. kalau nak tengok barang jualan, baik kami ke page atau web terus. Bagi aku lah kan, dalam pada kita promote jualan kita, selitkan jugalah dengan lifestyle. Jangan terlampau kejar sale !

Bila terlampau kejar sale, setiap jam post produk kita tanpa diselangi benda benda lain orang akan menyampah. Dalam dunia bisnes ni, kita kena jaga hubungan kita dengan orang lain. perkara paling penting. Jangan sampai orang menyampah dengan kita, kalau orang meluat macam mana nak kembangkan bisnes ? aku ni bukanlah pandai sangat dalam bisnes api bagi aku ni common sense je. orang lain pun berniaga, tapi diorang takde lah pulak nak over macamtu sekali.

Note : aku bukan taknak support member tapi dia kena belajar dulu cara nak meniaga.

Buat pembaca yang ada terbuat macam ni dekat facebook, tolong perbetulkan balik. cara tu salah. harap korang dapat pengajaran dari cerita aku ni