Leave Here

Wednesday, 23 May 2018

Ujian MEDSI



hai guys. terima kasih kepada new followers even tak ramai tapi alhamdulillah ada follower blog ni. takpe kita slow slow gain follower.

kali ni aku nak cerita pasal UJIAN MEDSI.

APA ITU UJIAN MEDSI ?

  • okey aku terangkan secara ringkas. ujian medsi ni ialah ujian yang perlu diambil sape sape yang mohon IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN. 
  • ujian untuk mengukur seseorang tu layak atau tidak menjadi cikgu
  • kalau korang cukup syarat untuk sesuatu program tu, korang akan dipanggil menjawab medsi
  • kalau korang berjaya lepas medsi baru dipanggil interview dan kalau lepas interview baru korang akan ditempatkan dalam program tersebut
alhamdulillah geng, jumaat tadi aku dipanggil untuk datang jawab medsi. orang kata dah ada sinar harapan nak jadi cikgu.
well, tapi sebenarnya perjalanan aku masih jauh.

tempat aku jawab medsi dekat UPSI. oh ya, first choice dalam UPU aku is IJAZAH SARAJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU dan second choice aku pulak IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Dua dua kos tu dekat UPSI dan tempat medsi aku pun dekat upsi.

upsi ni tak jauh sangat pun dari rumah aku kurang dari 2 jam dah boleh sampai. waktu test ak pukul 8.15 pagi jadi lepas sahur terus gerak. aku pergi dengan parents aku masa tu dan kami guna waze. ayah aku drive tapi taktahu jalan sangat cuma tahu sikit sikit perjalanan so terpaksa lah guna waze. it is okey je kalau guna waze pun.

kami gerak dari rumah pukul 5.50 pagi dan sempatkan jugak subuh dekat rumah. around 7.40 sampai dah ke UPSI kampus sultan azlan shah. ujian start pukul 8.15 so waktu yang ada tu aku gunakan untuk touch up make up dan bergambar hahahaha. yelah bukan selalu datang ke sini dan mestilah aku nak update social network aku. 8.25 start jawab dan pukul 9 aku dah keluar dari situ. hahahahha maknanya apa guys ? yaaaa aku genius.

hahaha takdelah. medsi ni sebenarnya senang je. dia cuma pilihan jawapan dan soalan dia tak susah pun. trust me. nak jawab soalan ni takperlu study dan fikir panjang pun. baca soalan dan jawapan tu automatik akan terus ada dalam otak korang. tapi medsi ni korang kena buat persediaan jugak. takpe, kat bawah ni aku senaraikan link yang korang boleh guna untuk tolong korang buat persediaan medsi atau tak fham lagi medsi tu apa

ada banyak lagi link yang korang boleh guna untuk dapatkan maklumat medsi ni. medsi ni soalan dia macam soalan cikgu kaunseling kita bagi tu. alaaaaaa yang test minat kerjaya kita tu. i bet semua mesti pernah jawab kan ? jangan risau geng, korang busy sangat pun insyallah boleh jawab medsi ni yang penting kena minat nak jadi cikgu.

okey ni antara tips nak jawab medsi
  • masa jawab tu bayangkan kita cikgu
  • kena utamakan murid, ibu bapa, sekolah, bangsa dan negara
  • privasi murid kena jaga
  • emosi kena stabil
  • cikgu kena berani
  • jawapan korang kena konsisten
emmm apa lagi eh ? rasanya tu je kot. doakan aku semoga lulus medsi ni so that aku boleh pergi ke peringkat seterusnya. aku betul betul nak jadi cikgu, nak jadi pendidik anak bangsa.




ujian medsi
saje belanja gambar 

ujian medsi
aku rasa aku je kot yang batak bergambar dekat sini sebab aku takpernah tengok budak upsi bergambar dekat sini pun hahaha

ujian medsi
done ujian medsi. bye upsi




Monday, 21 May 2018

TOP 5 FAV MAKANAN DAN MINUMAN BAZAR RAMADHAN !

CREDIT : GOOGLE


hai guys. selamat malam dan selamat berpuasa. post ni aku schedule malam so aku harap takde la yang anggap aku tak pergi terawih lah apa.

bazaar ramadhan ni memang dah jadi macam adat negara kita bila berpuasa. bukan umat islam je yang pergi bazar ni tapi non muslim pun pergi. yelah tempat ramai orang jual makanan kan tambah pulak waktu petang, balik kerja singgah bazaar takyah masak dah. senang. bazar ni macm macam orang jual.ada sesetengah juadah tu bulan puasa je ada thats why rasa macam special sikit hahaha. ada sesetengah tu makanan biasa je yang time bukan puasa pun kita boleh dapat tapi still nampak sedap sebab apa ? sebab kita sedang berpuasa. selera dan nafsu kita sedang diuji.

setiap orang mesti ada makanan kegemaran bazaar kan ? so ini dia antara makanan kegemaran aku dekat bazar.

1. burger

omg. this is my toplist. okey burger ni biasa je hari lain pun boleh dapat kan ? tapi tiap kali pergi bazaar je mesti aku rasa nak beli burger. ya allah that feeling tu aku rasa boleh menggelupur kalau lalu depan gerai burger tapi tak beli. aku tak kisah pun burger apa asalkan burger. yang buat aku tak tahan tu is bau dia... like bau sos lada hitam dia ke apa ntah. omg guys, kalau aku dah beli pun aku akan tengok je peniaga tu masak roti tu pehhhhhh sedap sangattt. tapi aku sedar tak elok makan selalu.... ya the truth hurt

next
2. ayam percik
aaaaaaaaaaaaaaaaaa this is super crazy. this one pun buat aku rasa nak gila dekat bazaar tu. tengok ayam percik yang baru siap bakar/masak pastu dihidangkan makk aiiii lemah hakak dik. yang ni memang aku wajib beli. last year, aku beli ayam percik ni like for every single day kot. aku sebenarnya taktahu la cara yang betul makan ayam ni tapi aku makan dengan nasi. kiranya ayam tu aku buat lauk so dia cam melekit sikit kat nasi n nasi tu kering sikit. ahh peduli apa aku hahaha. tapi bagi aku ayam percik ni kesedapan dia bergantung kepada kuah. aku pernah tersalah beli dapat kuah yang tak rasa apa and that time aku rasa betul betul turn off.

3. AIR SOYA IS THE BEST !
ya allah sedapnya air soya. satu kenikmatan bila dapat berbuka puasa dengan air soya sejuk macamni. air soya bazar takkan sama dengan air soya dalam kotak tu. fight me !
this one pun aku tiap tiap hari minum waktu berbuka.orang lain menu bertukar tukar tapi aku setia je sebulan tu. sedangkan dengan makanan yang banyakpilihan pun saya boleh setia apa ntah lagi dengan awak hehehehe
waktu puasa ni aku memang tak minum air lain selain air masak dengan air soya. soya ni takdela fav aku sepanjang tahun, soya ni jadi fav aku waktu bulan puasa je. aku pun taktahu kenapa. apa khasiat soya pun aku taktahu maybe korang boleh google sendiri kot...

4. ROTI JOHN IS THE REAL LOVE
kalau roti john bukan cinta, aku taktahu lah nak cakap apa.
roti john ni pun buat aku tak tentu arah hahaha. serious talk aku memang tak boleh tahan dengan bau roti john ni bau menusuk nusuk ke hidung. roti john ni aku beli kalau masatu makanan tak banyak and roti john ni sedap kalau share ramai ramai je. kalau makan sorang sorang, akan rasa muak. betul tak ? ke aku sorang je yang macamni ?

last
5. 
okey this is last. yong tau fu. even harga di mahal tapi aku tetap suka. biasanya aku akan pilih yang biasa aku makan. aku takpernah lagi letak sayur hahahaha. aku suka kalau kuah dia pedas pedas sikit. even mahal tapi still berbaloi sebab aku kenyang sampai subuh.

okey thats all fav aku dekat bazar. mesti ada yang rasa "ekeleh kat pasar malam pun ada"
yaa aku tak nafikan kat pasar malam pun ada dan aku memang suka yang ni. bagi aku sedap sangat. ntah lah tak reti nak describe macam mana.

comment up below what is your fav food !
bye. see you in next post

credit: google image

Wednesday, 16 May 2018

Mental break down




pernah tak rasa satu hari tu korang macam takde mood ? taknak bercakap dengan sesiapa, rasa nak bersendirian, macam macam benda korang fikirkan dan jadi pendiam untuk satu hari ?
bila orang tanya "kau kenapa weh, okey tak?" "kau sedih ke" "kau marah aku ke"

kita sendiri pun takde jawapan untuk soalan soalan ni. benda datang tiba tiba. macamtu lah apa yang aku rasa sekarang. 3-4 hari ni aku stress dengan kerja tapi aku ingat dah okey ahad tadi. bila isnin jadi macamni. hari ni dah selasa, maksudnya mood aku dah dua hari macamni. allahu

to be honest sekarang aku rasa takut, tertekan, give up, penat, stress, sedih, sunyi.
macam macam lagi aku rasa. 

the worst is selera makan aku hilang. aku jadi kuat tidur. bila aku sorang sorang aku rasa nak nangis. even tengah tulis ni pun mata aku dah berair nak nangis. aku sendiri pun taktahu kenapa. aku sedih dengan keadaan aku sekarang. aku sedih dengan diri sendiri. aku rasa aku tak berguna. idk

aku mintak maaf tulisan ni berterabur. aku takdapat control apa yang aku fikir. emosi aku tak stabil. ya allah


Tuesday, 8 May 2018

SALAM PERKENALAN

salam perkenalan.

aku tak siap lagi proses editing blog ni. ni pun aku cuba cuba untuk post.

aku pernah ada blog dulu tahun 2013 masa aku tingkatan 3. blog tu pun sampai sekarang masih ada tapi ntahlahaku taknak guna. menjengkelkan sangat blog aku dulu hahaha sebab aku guna blogskin. like seriously guys, aku guna blogskin dengan tulisan kecik kecik, blog ada lagu, blog kabur kabur.

thats why aku taknak blog tu hahahaha. takpelah aku mulakan hidup baru dekat sini. blog lama aku pun aku tak berapa nak aktif sangat. dulu aku buat blog pun sebab ikut kawan yang ada blog. tapi ilmu mengenai blog ? takdak.

kalau ibaratkan blog aku dulu dengan bisnes, gulung tikar aku weh hahaha. teruk benor perangai dulu. dulu aku suka buat eksperimen edit dekat blog tu yang tak berapa nak post sangat.

harapnya dengan blog aku sekarang, aku akan jadi blogger yang berjaya. ewah ewahhhh

okey, back to tajuk aku.

SALAM PERKENALAN GUYS.

nama aku aisyah. sekarang umur dah 20. young adult. aku rasa cukuplah aku cerita dua benda tu sebab next entry aku cerita lagi mengenai aku. lagipun aku tahu takkan ada yang baca post ni hahaha so i dont need to put more efforts here.

thats all for today. bye