Leave Here

Wednesday, 23 May 2018

Ujian MEDSI



hai guys. terima kasih kepada new followers even tak ramai tapi alhamdulillah ada follower blog ni. takpe kita slow slow gain follower.

kali ni aku nak cerita pasal UJIAN MEDSI.

APA ITU UJIAN MEDSI ?

  • okey aku terangkan secara ringkas. ujian medsi ni ialah ujian yang perlu diambil sape sape yang mohon IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN. 
  • ujian untuk mengukur seseorang tu layak atau tidak menjadi cikgu
  • kalau korang cukup syarat untuk sesuatu program tu, korang akan dipanggil menjawab medsi
  • kalau korang berjaya lepas medsi baru dipanggil interview dan kalau lepas interview baru korang akan ditempatkan dalam program tersebut
alhamdulillah geng, jumaat tadi aku dipanggil untuk datang jawab medsi. orang kata dah ada sinar harapan nak jadi cikgu.
well, tapi sebenarnya perjalanan aku masih jauh.

tempat aku jawab medsi dekat UPSI. oh ya, first choice dalam UPU aku is IJAZAH SARAJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU dan second choice aku pulak IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Dua dua kos tu dekat UPSI dan tempat medsi aku pun dekat upsi.

upsi ni tak jauh sangat pun dari rumah aku kurang dari 2 jam dah boleh sampai. waktu test ak pukul 8.15 pagi jadi lepas sahur terus gerak. aku pergi dengan parents aku masa tu dan kami guna waze. ayah aku drive tapi taktahu jalan sangat cuma tahu sikit sikit perjalanan so terpaksa lah guna waze. it is okey je kalau guna waze pun.

kami gerak dari rumah pukul 5.50 pagi dan sempatkan jugak subuh dekat rumah. around 7.40 sampai dah ke UPSI kampus sultan azlan shah. ujian start pukul 8.15 so waktu yang ada tu aku gunakan untuk touch up make up dan bergambar hahahaha. yelah bukan selalu datang ke sini dan mestilah aku nak update social network aku. 8.25 start jawab dan pukul 9 aku dah keluar dari situ. hahahahha maknanya apa guys ? yaaaa aku genius.

hahaha takdelah. medsi ni sebenarnya senang je. dia cuma pilihan jawapan dan soalan dia tak susah pun. trust me. nak jawab soalan ni takperlu study dan fikir panjang pun. baca soalan dan jawapan tu automatik akan terus ada dalam otak korang. tapi medsi ni korang kena buat persediaan jugak. takpe, kat bawah ni aku senaraikan link yang korang boleh guna untuk tolong korang buat persediaan medsi atau tak fham lagi medsi tu apa

ada banyak lagi link yang korang boleh guna untuk dapatkan maklumat medsi ni. medsi ni soalan dia macam soalan cikgu kaunseling kita bagi tu. alaaaaaa yang test minat kerjaya kita tu. i bet semua mesti pernah jawab kan ? jangan risau geng, korang busy sangat pun insyallah boleh jawab medsi ni yang penting kena minat nak jadi cikgu.

okey ni antara tips nak jawab medsi
  • masa jawab tu bayangkan kita cikgu
  • kena utamakan murid, ibu bapa, sekolah, bangsa dan negara
  • privasi murid kena jaga
  • emosi kena stabil
  • cikgu kena berani
  • jawapan korang kena konsisten
emmm apa lagi eh ? rasanya tu je kot. doakan aku semoga lulus medsi ni so that aku boleh pergi ke peringkat seterusnya. aku betul betul nak jadi cikgu, nak jadi pendidik anak bangsa.




ujian medsi
saje belanja gambar 

ujian medsi
aku rasa aku je kot yang batak bergambar dekat sini sebab aku takpernah tengok budak upsi bergambar dekat sini pun hahaha

ujian medsi
done ujian medsi. bye upsi




11 comments:

Marshalizadotcom said...

Kenangan MEDSI

Kali pertama - jwab jujur....x berjaya
Kali kedua - jwab tak jujur...x berjaya
Kali ketiga - jwb lantak kau lah..siap tido sebab dah xtau nak jawab macamn...berjaya. Alhamdulillah jadi cikgu sekarang...hihi

Akak follow

Rezeki tak salah alamat..:)

Miss Xyz said...

wah ni nak jadi pendidik generasi mudalah ni.. semoga dapat lulus ujiannya, Aamiin ;)

ELFarahin said...

hebatnya cita2. good luck taw. Inshaallah lulus je tuu =D

Hans Hanis said...

semoga dapat mencapai cita-cita yang diimpikan :)

anamizu said...

all the best awak ! ;)

Byzura Halifah (MB) said...

all the best dan semoga dpt mmenapai cita-cita yg diimpikan. :) dah dpt panggilan interview x?

jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

Raydah said...

I doubt my answers would be consistent hahahaha

Shahida Dzulkafli said...

Comelnya dia berbaju merah.. Semoga perjalanan awak untuk menjadi seorang pendidik dipermudahkan Allah.. Aamiin..

Sheila Adziz said...

semoga berjaya... ambil couse apa sis

Rabiahtul Adawiyah said...

wahh semoga seorang pendidik yang bagus ye.

Cuya said...

caiyok2 dik..moga berjaya jadi pendidik....hehehe singgah sini dan follow...

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/