Leave Here

Monday, 30 July 2018

PENGALAMAN INTERVIEW UPSI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

                                                
hai guys. selamat pagi. ya allah lamanya aku tak update blog, dekat sebulan lebih aku tak sentuh blog ni tap alhamdulillah aku dah start menulis balik. aku bukan apa, aku cuma busy sikit sepanjang bulan puasa & raya ni. 

sepanjang bulan puasa dan raya ni macam macam jadi dekat aku. biasalah hidup ni umpama roda, satu saat kita di atas dan satu saat kita di bawah. okey, aku start dengan INTERVIEW UPSI

alhamdulillah aku berjaya lepas MEDSI dan dipanggil interview. sungguh aku sendiri pun tak percaya yang aku lepas medsi sebab seingat aku masa aku jawab tu mood aku swing sangat sebab stress kerja tapi rezeki kan. alhamdulillah.

PERSEDIAAN INTERVIEW

okey part ni agak susah sikit bagi aku sebab ni first time aku pergi interview lagi lagi interview untuk pendidikan. bukan semua orang sesuai ambik pendidikan, jadi peluang yang aku ada ni aku gunakan sebaiknya untuk dapatkan tempat di universiti memandangkan pointer aku biasa biasa je so aku kena compete.

untuk persediaan interview ni, aku cuma cari tips dekat group facebook. gigih jugak aku cari dekat facebook. nasib baik aku ada kenal kaunselor hala tuju kerjaya dekat facebook, dia lah yang banyak tolong aku dari buat pilihan nak isi upu sampai tahap nak pergi interview nii. cikgu tu memang banyak bagi tips dekat aku and banyak tolong aku nak study apa. kalau aku sendiri je memang aku tak tahu lah nak study apa.

next, aku banyak baca blog blog orang lain. aku baca pengalaman dorang & soalan soalan yang diorang dapat dan aku get ready jugak dengan soalan soalan tu. blog blog tu sangat membantu

lastly, aku pergi tanya kawan aku yang dah ambik degree pendidikan ni. aku tanya soalan soalan diorang dan jawapan diorang.

HARI KEJADIAN

ni antara soalan yang aku dapat


  • perkenalkan diri - nama, ayah kerja apa, mohon kos apa dekat sini, kenapa mohon kos ni
  • apa pandangan awak tentang bahasa rojak yang selalu digunakan oleh remaja zaman sekarang (sebab aku apply kos bm)
  • what is your hobby
  • kepimpinan awak masa sekolah
  • perlis darul apa ? (this one macam cepumas hahaha sebab panel tu nak kita jawab dengan cepat)
okey untuk interview ni, dia memang akan ada dua sesi which is sesi bahasa melayu dan bahasa inggeris yang korang kena speaking. alhamdulillah masa speaking tu walaupun aku ada sangkut sangkut tapi aku still boleh banyak cakap dan tak stuck sangat walaupun dah lama tinggal muet. hahaha

to be honest, masa interview ni aku rasa happy sangat sebab dapat kenal kawan baru walaupun masa interview tu. aku ni memang jenis main tegur je sesape yang aku nak, tak sangka pulak senang ngam dengan diorang. siap boleh gelak gelak lagi padahal kejap lagi nak interview. 

oh lupa, masa masuk bilik interview tu, masuk sekali 4 orang and panel tu akan tanya ikut giliran. 

SELEPAS INTERVIEW

tidur

hahaha ye betul lah aku tidur tapi tu dalam perjalanan dari rumah aku ke UPSI. lepas interview tu, aku memang doa banyak banyak yang aku akan dapat upsi tu. aku mintak orang lain jugak doakan aku especially mak ayah aku. doa mak ayah tu penting bagi aku.


rasanya tu jelah yang aku mampu share dekat sini. kalau rasa nak tanya apa- apa boleh tanya dekat komen. insyallah aku akan jawab semua yang aku tahu.

oh ya, esok keluar keputusan UPU. wish me luck you alls, im scared.