Leave Here

Saturday, 29 September 2018

15 Random Questions & Free Gift For You ! [PART 1]


Hi guys. Hari ni aku nak buat questions and answer. Semua soalan ni random je dan aku akan jawab soalan dalam bahsa melayu sebab aku tak pandai sangat dalam bahasa inggeris tapi aku akan cuba. aisyah cuba okey

1. If you didn't have to sleep, what would you do with the extra time ?
- just listen to a song or watch some videos
2. What hobby would you get into if the time and money weren't an issue ?
-travelling, hiking
3. What would your perfect room look like ?
-i will insert the pictures below
4. What fictional place would you most like to go
-willy wonka's factory
 5. What job you will be teribble at ?
-artist
6. When was the last time you climbed a tree ?
-when i was 9 years old i think
7. If you could turn any activity into an olimpic sport, what would you have a good chance at winning medal for ?
sleeping watch a movie while eating hahaha

8. What is the most annoying habit that people have ?
-suka buat lawak hambar
9. What job do you think i am really good at ? 
 -blogwalking
10. What skill would you like to master ?
-Silat
11. What would be the most amazing adventure to go on ?
-campfire
 12. If you had unlimited funds to build a house that you would live in for the rest of your life, what would the finished house be like ?
13. What's your fav drink ?
-milo ais
-orange juice
-mineral water
14. What songs have you completely memorized ?
-asmaradana
-menghapus jejakmu
-bila nak saksi
and many more !!!
15. Are you usually early or late ?
-early

Yeayyyy i am done my part. sekarang ni aku pulak nak tanya korang 3 soalan ;
1. apa benda paling haram yang pernah korang buat ?
2. apa yang buat hidup korang bermakna ?
3. apa yang korang takut orang lain tengok bila nampak korang ?
komen jawapan korang kat bawah. jawapan paling rare aku akan bagi "hadiah" dari aku. tapi hadiah simple jelah.

Sunday, 23 September 2018

Jadilah Peniaga Yang Profesional ! Jangan Terlampau Nak...


isyyy geramnya aku. Ni nak cerita pasal kawan aku yang kena block dekat facebook aku semalam. Mana nya tak kena block kalau dah annoying. sebenarnya tak sampai hati pun nak block tapi aku rasa terpaksa.

citernya macamni, dia merupakan peniaga online ataupun "dropship" produk dalaman suami isteri. aku taktahu lah produk tu kategori apa, nanti aku upload gambar dekat bawah ni...
oh ya,kawan aku ni belum berkahwin ya. Dia join dropship ni sebab nak tambah pendapatan. Baguslah tu kan

Yang tak bagusnya strategi marketing dia. Dia promote jualan dia guna akaun personal facebook, bukan page. Masalahnya, dia post hampir setengah jam sekali produk dia tu ! Hari hari okey dia buat macamtu. Bila aku tengok profile dia, penuh dengan barang niaga dia. Paling aku tak tahan, setiap kali dia pos lah dia nak tag aku. 

Nak dijadikan cerita, disebabkan aku dah start rasa annoying so aku pun ambik keputusan untuk unfriend je dia. Fuhh lega sikit walaupun rasa serba salah. 
Esoknya, dia add aku balik
aku teragak agak nak accept atau tak. aku biarkan dulu dan main facebook macam biasa.
lepas 4jam, dia pm aku

"kenapa kau unfriend aku ? taknak support member berniaga ke ? melayu tolong melayu la"
Fuh berapi aku masatu. Rasa nak maki pun ada jadi aku ambik keputusan block terus. sebelum tu aku memang dah fikir yang block je lah cara paling terakhir.
Selamat tinggal memberku. semoga bisnes makin kencang

okey, ni aku tunjuk gambar produk tu

actually, gambar ni bukanlah produk yang kawan aku jual tu, produknya lebih kurang macamni. terutamanya ayat pengiklanan dia.

sumber : google



another reason aku block dia is iklan separuh lucah ni. ni contoh je tau, bukan produk yang kawan aku jual tu. bayangkanlah iklan macamni lalu setiap 30 minit kat new feed aku. mana boleh tahan weh ! aku pulak yang rasa malu

sebabtu aku tak rasa rugi kalau aku block dia. aku blockdia dekat facebook tak bermakna aku putus kawan dengan dia


aku ni bukan apa, yelah guna profile personal akaun kan..mesti friendlist kita tu nak baca mengenai diri kita jugak, bukan nak tengok barang jualan je. kalau nak tengok barang jualan, baik kami ke page atau web terus. Bagi aku lah kan, dalam pada kita promote jualan kita, selitkan jugalah dengan lifestyle. Jangan terlampau kejar sale !

Bila terlampau kejar sale, setiap jam post produk kita tanpa diselangi benda benda lain orang akan menyampah. Dalam dunia bisnes ni, kita kena jaga hubungan kita dengan orang lain. perkara paling penting. Jangan sampai orang menyampah dengan kita, kalau orang meluat macam mana nak kembangkan bisnes ? aku ni bukanlah pandai sangat dalam bisnes api bagi aku ni common sense je. orang lain pun berniaga, tapi diorang takde lah pulak nak over macamtu sekali.

Note : aku bukan taknak support member tapi dia kena belajar dulu cara nak meniaga.

Buat pembaca yang ada terbuat macam ni dekat facebook, tolong perbetulkan balik. cara tu salah. harap korang dapat pengajaran dari cerita aku ni





                                                                                               


Thursday, 20 September 2018

PERCUTIAN IDAMAN. Realiti Atau Fantasi ?

isyyy.. tak best betul lah aku ditinggalkan dek kawan aku yang sedang bergembira holiday ride to Thailand tu. Esok kawan aku nak pergi shopping dekat sana.. Uwaaaa jeles betul aku tak dapat follow. bukannya apa, aku ada banyak alasan kenapa tak ikut. Jadi aku pun blogwalking nak hilangkan rasa sunyi tu tapi nampak ramai pulak blogger yang travel. Untungnya

Bagi aku, travel tu memang bagus. Sangat sangat bagus. Aku sendiri pun ada percutian idaman aku

1. Percutian Perkhemahan Di Hutan Belantara
Aku sukakan alam semula jadi, bunyi-bunyian cengkerik dan bunyi serangga lain. bagi aku bunyi bunyi tu bagaikan muzik yang menjadi halwa telinga aku. aku sukakan cabaran thats why sampai sekarang pun aku masih lagi simpan cita cita aku yang satu ni. Tapi, aku tahu sebelum nak jadi "backpacker" yang bercuti di kawasan hutan, persediaan rapi dari segi ilmu, kelengkapan peralatan, makanan dan persediaan sangat penting. Aku sekarang makin banyak baca blog travelers yang selalu buat perkhemahan di hutan belantara ni untuk aku sedut ilmu yang diorang share dan pengalaman diorang. 

2. Percutian Atas Kapal Mewah
percutian atas kapal ni memang mahal tapi pengalaman tu sangat berharga. dapat merasa sekali seumur hidup pun jadilah. tapi lagi best kalau dapat "honeymoon" dekat sini baru romantik hahahaha ! 
"ke hadapan bakal suamiku yang tercinta, marilah kita bersama berdua bekerja keras untuk realisasikan impian bakal isterimu yang tersayang ni"

3. Jelajah Eropah

aku memang teringin sangat nak ke negara eropah, aku nak tengok budaya rakyat dan seni reka bentuk bangunan kat negara eropah. aku takde spesifikkan negara mana sebab aku tak kisah pun mana mana asalkan benua tu.
masa aku dekat form6, cikgu pengajian am aku ada cerita pengalaman bercuti dekat eropah. i'm amazed. sejak dari situ aku tanamkan niat nak ke sana. tapi aku sebenarnya kalau ke negara orang, aku teringin nak ke kampung kampung bukan bandar bandar.

aku yakin semua orang pun mesti ada percutian masing-masing. Percutian ni jadi realiti atau fantasi tu teletak pada diri sendiri dan rezeki.

Jadi, apa percutian idaman korang ?
berjemur di pantai ? atau sama je macam aku ? boleh komen sini, mana tahu jumpa orang yang sama minat ke boleh ajak bercuti sama sama

selamat malam korang.

Sunday, 16 September 2018

Masalah Tumit Pecah ? Guna Bawang Je


Dah lama pulak tak melawat ke Sabak Bernam...Tiba tiba rasa rindu pulak dengan suasana dekat sana. So aku pakat dengan bekas housemates aku nak ke sana naik motor sekali dengan ambil sijil STPM dekat sana. Walaupun jauh dan panas naik motor tapi belasah je lah...

Selesai urusan kami dekat sekolah, kami melawat ke rumah seseorang yang kami gelarkan dia "ibu". Ibu menjamah kami dengan nasi lemak. jimat sikit duit kami masa tu. Lepas tu kami terus gerak ke Sungai Besar sebab diorang nak lepak lepak dekat kfc. Dekat KFC pun masing masing order makanan ringan ringan je sebab dah kenyang makan tadi. Lepastu diorang ajak jalan jalan sungai besar nak tengok tengok baju katanya. Jadi aku pun ikutlah sebab aku taknak ride sorang sorang perjalanan balik tu.

Ah sudah ! Kaki aku dah start sakit sebab pakai kasut yang tak sesuai dan banyak berjalan. Biasalah perempuan kalau dah window shopping tu. Aku cakap dekat kawan aku, "weh aku sakit kaki ni, risau lah tumit pecah" tapi kawan aku cakap "kalau pecah, guna je bawang putih"

Kawan aku share tips Macam Mana Nak Atasi Masalah Tumit Dengan Bawang Putih :
  1. ambil tiga siung bawang putih dan kupas kulit luarnya
  2. tumbuk sampai halus, kemudian titiskan air(sikit) sampai halus
  3. sapukan dekat tumit yang pecah pecah. biarkan semalaman
  4. di pagi hari, bersihkan tumit dengan air sejuk. kemudian sapukan madu as losyen
Tu tips yang aku dapat share dekat sini. harap bermanfaat

Lepas dah penat berjalan, kami semua pun balik. aku tak beli apa apa sebab aku tengah catu duit, kawan kawan aku yang banyak beli. 

Thursday, 13 September 2018

TOLONG ! Betul ke Aku Akan Muflis ?


Hi ! Rakan rakan internet ku apa khabar ?
Amboi tajuk entri kemain hahahaha ! betul lah tajuk tu, aku akan muflis kalau perangai shopholic ni aku tak control.

Dekat bawah ni aku nak tunjukkan apa yang aku aim nak beli untuk bulan ni. Jangan risau, bukan jenis harga beribu ribu, seratus pun tak sampai setiap satu ni.




Aku takde lah sampai nak beli tiga tiga ni tapi aku tak boleh pilih mana satu paling lawa untuk dibeli. aku nak beli satu atau dua je. bolehlah buat pergi kenduri kenduri 

RM35
RM10



isyyyy aku makin kemaruk............. huwaaaaaa 
macam mana nak berjimat cermat kalau perangai suka shopping ni sukar untuk di control ? Mak Ayah aku dah start komplen katanya perangai suka shopping ni makin parah dan bahaya kalau tak dibendung. Ikut perangai siapa pun taktahu. Part ni memang aku akui yang aku dah makin kemaruk ! 
Nasib baik lah sekarang ni dah ada income sendiri kalau tak, boleh muflis mak ayah aku kan ? 

Semalam aku keluar dengan seorang kawan baru... opsss dating ke ? Hahahaha takde lah saje lah pergi melepak. Yelah dah takde mende nak dibuat, tiba tiba si dia ajak pergi keluar makan...Haaa aku on
Dah habis makan mulalah nak lalu Watsons. Aku ni memang jenis kalau dah lalu watsons tu tak boleh kalau tak masuk, boleh berbuih mulut aku depan tu nanti. Dah masuk dalam tu mula lah nak window shopping.

Ehhh...Ehhh mata aku terpandang sesuatu yang menarik ! Maybelline ! Terus kaki aku melangkah ke bahagian foundation dengan harapan hendak membeli foundation yang aku selalu pakai. Tapi pandangan mata aku tersagat dekat bahagian syampoo, perfume dan skincare. 
Lantas aku pun berkata OO LA LA 



Si dia nak belikan untuk aku, mana mana yang aku nak. Aku senyum je. Bukan tak suka di offer sebegitu rupa, tapi kami kan baru kenal. Aku taknak macamtu. Aku bukan macam perempuan lain yang sewang-wenangnya mintak itu ini dekat mana-mana lelaki. Dan aku cakap dekat dia, "Takpelah, lain kali je. Terima kasih"

Takutlah terhutang budi kang tergadai body. Oppsssss ! 

oh ya, apa wishlist korang untuk bulan ni ?

Sunday, 9 September 2018

Muka Dah Cantik Tapi Sayang...Euwwww Geli


Hi. How was your day ? 

Pertama sekali aku nak mintak maaf sebab tajuk aku tu over and kot kot lah kalau ada yang terasa. Untuk menarik minat pembaca, tajuk mestilah power kan ?

Kisahnya macamni...
Malam semalam aku layan youtube tengok orang buat challenge samyang spicy ramen. Tiba tiba perut aku buat hal, entah kenapa craving nak makan maggi pedas giler tu. aku akui salah sendiri sebab tengok video makanan waktu malam. Tak keruan aku dibuatnya. Maka aku pun pergilah ke dapur cari ramen mana lah tahu ada kan ? Peduli apa aku masatu dah pukul 11 malam, perut aku lagi penting. Tapi aku hampa sebab tade yang aku cari. Ah sudah ! apa nak buat ni, mana pulak nak dapat waktu macamni. Takkan nak beli online pulak kan ?
kesudahnya, aku tidur je lah

Esoknya, lepas breakfast aku siap siap ke pasar lepastu beli ramen. fuhh lega akhirnya aku dapat apa yang aku nak. ikutkkan hati memang nak beli yang 5packs terus tapi risau sakit usus pulak, so beli satu je lah. lagipun, aku sekarang tengah dalam catuan duit, so harapan nak beli 5packs tu tinggal debu je lah.


okey selesai urusan beli ramen. sekarang aku kena pergi pejabat pos renew lesen dengan bayar bil. ni first time aku pergi sorang. sedang menantikan giliran aku dipanggil, aku disapa seorang perempuan yang cantik. serious dia cantik. dia sopan, boleh kata muslimah sejati lah sebab lengkap berstokin, baju labuh, seluar longgar, tudung labuh, and handsock tapi aku tak kenal dia. dia mintak tolong aku sebab dia taktahu nak tekan button yang mana untuk dapatkan no giliran sebab takde guide untuk button tu and kebetulan pulak masatu aku duduk dekat dengan mesin tu. aku pun tolong dia sebab urusan dia pun sama macam aku. aku anggarkan umur dia 24-25. 

lepastu, dia duduk sebelah aku sebab masatu memang ramai dan tempat duduk terhad. kalau ada pun mesti sebelah lelaki, jadi aku tak rasa yang dia akan pilih duduk sebelah lelaki. dia mulakan perbualan. macam-macam yang ditanya, aku layankan je. haritu memang ramai orang dan terasa lama sangat dalam tu.

sebenarnya, sejak dia duduk sebelah aku lagi aku dah dapat hidu something yang tak best. tapi aku sedapkan hati je lah, aku anggap tempat tu memang berbau walaupun tu sebenarnya bau badan !
makin lama aku makin tak selesa dengan dia sebab bau badan dia. aku dah start gelisah. aku harap aku cepat dipanggil sebab aku dah start rasa pening.

aku tahu tu bau dia.
tak lama lepastu, datang sorang lagi akak duduk sebelah dia. kira macam dia tengah tengah. akak tu mungkin berumur 35-40 tahun. aku taktahu sebab aku tak kenal. dia datang duduk dan terus tutup hidung.

fuh ! terkejut aku tengok respons dia. aku taktahu lah nak rasa dia tu kurang ajar atau apa tapi aku pun nak buat benda yang sama. hahahaha !

and tiba tiba akak tu tegur perempuan sebelah aku tadi : awak ni tak pakai deodoran ke ? sambil tutup hidung

Aku masa tu terkejut gila wehhhh. savage nya akak tu hahahaha
keadaan terus jadi kekok. krikkk krikkkk krikk sebab perempuan sebelah aku tadi tak jawab.

Dan nombor aku pun dipanggil. Fuh selamat. Baler baler
aku pun bangun dan tinggalkan tempat duduk tu. settle je urusan aku terus cepat cepat balik. tak tegur dah perempuan tu. aku rasa aku yang malu, ntah kenapa perempuan cantik tu tak rasa malu. 
sebenarnya guys, deodoran tu memang wajib sebab tu kira hygiene kita, lagi lagi perempuan. Malulah kalau perempuan muka dah lawa tapi badan berbau. deodoran ni bukan mahal sangat pun and plis jadikan deodoran tu masuk dalam wish"must have".

deodoran ni bukanbau kuat sangat. mungkin ada yang salah faham bila islam melarang wanita memakai wangi-wangian.
ye memang betul islam melarang wanita memakai wangi-wangian, tapi yang dimaksudkan ialah wangi wangian yang berlebihan ataupun tujuan untuk menarik perhatian orang. 
deodoran tu belum kategori keterlaluan lagi, nak sembur minyak wangi sikit sikit pun boleh. ada je perfume yang baunya tak kuat, jenis soft... berlambak. cuma mungkin kita yang belum jumpa lagi

dalam islam pun ada suruh kita wangi wangian untuk beribadat tapi tak boleh over. samalah konsep dalam kehidupan seharian. 

Jadi tolong ye, pakai deodoran tu walaupun dah guna sabun mandian yang paling mahal sebab function deodoran ni memang untuk hilangkan bau badan, bau peluh lagi lagi yang aktif di luar tu dan yang banyak berurusan dengan manusia. kalau taknak pakai deodoroan sangat, pastikan mandi 2 jam sekali dan jangan berpeluh !

                                                                                                                                                                     
aku seriously tak faham macam mana orang yang tak pakai deodoran ni boleh yakin keluar ? 
okeylah. aku nak keluar beli ramen lagi. ramen yang tadi dah habis. aku nak beli 5packs terus ! power bossku

Thursday, 6 September 2018

Tips Elakkan Baju Terkena Kesan Deodarant


asalamualaikum semua.

Dalam kehidupan seharian ni, deodoran memang penting dalam hidup kita. tak kira lah lelaki ke perempuan ke kaya ke miskin ke atau muda ataupun tua. deodaran ni memang dah wajib untuk kita walaupun takde dalil atau riwayat. 

tapi ada masanya bila guna deodaran ni bagi kesan dekat baju. jenuh lah nak sental bagi hilang kotoran tu, bukan senang nak hilang nak nak lagi kalau baju putih dan baju gelap. benda ni memang annoying kan ? semua pernah alami, cuma nak taknak je mengaku.

kat bawah ni aku try bagi tips elakkan baju kena kesan deodoran :

  1. Make sure korang gunakan deodaran nipis nipis je. takmau tebal tebal dan pastikan kering dulu baru korang pakai baju. 
  2. andai kata lah, korang dah pakai baju lengkap tetibe baru teringat nak pakai deodoran, pastikan deodoran tu tak kena baju.
  3. pilih deodoran spray dan gel sebab jenis ni biasanya takde kesan
  4. sebagai ganti deodoran, boleh jugak sapu essential oil dekat ketiak bagi hilangkan bau
  5. kalau baju terkena deodoran, bersihkan guna kain daripada kapas je tau. jangan guna tisu yang dicelup dalam air sebab cara tu takkan berkesan dan akan tinggalkan banyak serpihan tisu dekat pakaian

Wednesday, 5 September 2018

[Wordless Wednesday ] Minumlah Jus Setiap Hari


Jus buah buahan lagi segar dan sedap dari buah yang dipotong.


Saturday, 1 September 2018

Aku Kaya Dapat Duit RM 1Juta ! Yeayy Durian Runtuh

hai guys. assalamualaikum.

WOW, siapa yang tak gembira kan kalau dapat durian runtuh rm1juta ? siapa yang tak gembira ? 

waduh, dapat duit satu juta ? boleh mereng dibuatnya. hahaha. tapi betul tau, kalau tiba tiba dapat selonggok duit 1 juta ringgit depan mata, memang boleh pengsan. lagi-lagi bila masa sesak nak gunakan duit. ermmm kalau macamtu aku nak doa lah, "wahai duit satu juta ringgit, datanglah pada aku yang tengah membujang ni!" 
haha. seronok hidup aku kalau boleh senang macam ni !

cuba korang bayangkan korang yang dapat durian runtuh tu, dapat rm1 juta ? apa yang korang nak buat ?
aku pernah terfikir jugak benda ni, selalu jugak lah aku angan angankan yang aku bangun tidur je duit sejuta ringgit ada depan aku.

kalau dapat duit sejuta ringgit aku nak buat apa ?

1. Nak Beli Rumah Lelong
okey kenapa rumah lelong ? aku nak buat pelaburan hartanah. aku takdelah arif sangat dalam hal ni, tapi rumah lelong ni for sure lah lagi murah dari rumah baru. aku beli rumah lelong tu, aku renovate dan aku sewakan dekat orang lain. duit sewa tu boleh jadi income aku. aku sebenarnya nak buat pelaburan lain macam saham ke apa, tapi ilmu aku kurang. so aku taknak cakap pasal tu dekat sini. 

2. Upgrade Diri Sendiri
Aku nak pergi spa, aku nak pergi buat treatment muka, nak SHOPPING beli baju lawa lawa, nak beli make up. nak jadi lawa hahaha. aku rasa sekarang ni aku tak lawa sebab aku takde duit je ni, nanti kalau aku dah berduit msti aku lawa. hahaha


3. Travel Dan Pergi Haji
next, boleh pergi haji bawak family. lepastu baru boleh pergi travel. banyak negara yang aku teringin nak pergi macam Turki, Jepun, China dan macam macam lagi.

4. Renovate Rumah
yang ni untuk keselesaan family aku. kalau boleh taknaklah besarkan sangat rumah tu sebab bila dah kahwin nanti adik beradik akan keluar dari rumah tu, mak ayah pulak makin tua kesian lah kalau nak kemas rumah yang besar besar. cukuplah keselesaan.

5. Simpan
aku taktahu lah berapa je yang tinggal untuk buat wishlist yang kelima ni. hahaha.
takpelah, simpan je dalam bank takpun melabur je. insyallah akan meningkat jumlahnya nanti