Leave Here

Thursday, 11 October 2018

BULI SIBER DAN BAHAYANYA CURIOUS CAT

CREDIT : GOOGLE IMAGE

DEFINISI BULI SIBER :
gangguan yang berterusan, sebarang penghinaan yang berterusan, sebarang penghinaan yang dilakukan di alam siber iaitu internet, tanpa wayar atau telefon ke atasan remaja. pembuli di alam siber lebih agresif kerana identiti mereka yang tidak deketahui (AITI CYBER SAFETY)
CREDIT : 100% COPY DARI http://masalahsiberbuli.blogspot.com/
 Hi. Korang pernah kena buli siber tak ? Kali ni aku nak update pasal kawan aku yang jadi mangsa siber buli atau buli siber ni...

Alkisahnya macamni, ada satu malam ni aku main whatsapp sebelum tidur dan tiba tiba aku dapat whatsapp dari kawan aku si diyana. mesejnya agak serious. aku dari hampir terlelap kerana penat di siang hari terus segar baca whatsapp dia. aku tak sempat nak screenshot sebab bukan jenis aku screenshot conversation tak penting tapi aku masih ingat perbualan kami malam tu di whatsapp.

Dia cakap yang dia kena kacau dekat akaun curious cat. WHATTTTTTTTT ?
OK wait, korang tau apa itu curious cat ? yang biasa main twitter dia tahu lah curious cat ni apa. curious cat ni adalah satu aplikasi atau laman sosial yang digunakan untuk orang lain menyatakan pendapat atau untuk tanya soalan dekat kita dan boleh disambungkan ke twitter. Alaaaa senang cakap, serupa macam Sarahah yang orang selalu main dekat Instagram tu.
Tapi sejujurnya aku memang tak berkenan dengan curious cat ni sebab orang lain boleh jadi anonymous. Hehhh amende la kan ?
so this is the logo of curious cat

Okey, berbalik pada cerita tadi...
Kawan aku si diyana ni dapat questions dekat curious cat tapi tu bukan soalan more kepada makian. that anonymous tu tuduh kawan aku ni dm pakwe dia. jadi kawan aku ni chill dulu jawab soalan tu dengan tenang, slow talk baek punya.
and then dapat lagi soalan, kali ni guna bahasa kasar macam perkataan "bohsia" (maaf atas penggunaan perkataan ni)
kali ni dia dah tak boleh chill. dia terus tweet meroyan dan malam tu jugak dia deactive akaun twitter dan curious cat. Instagram pun sama

Nampak macam simple je kan ? tapi kita taktahu macam mana keadaan emosi mangsa buli siber ni. bagi aku ni dah melampau kalau sampai orang tu tutup akaun dia.

aku nasihatkan dia supaya jangan layan soalan soalan macamtu kalau betul dia takde dm pakwe orang. dan diyana ni memang betul betul nafikan yang dia takde dm lelaki selain perempuan je. okeylah bukan dia yang salah (mungkin)
sekarang ni dia dah serik nak main akaun tu lagi.

aku buat entry ni bukan aku nak backup kawan aku sebab aku pun dengar sebelah pihak je, tapi nak share dengan korang bahayanya buli siber ni. dulu aku tak ambik port sangat kes buli siber ni bila kaawan aku sendiri yang kena barulah aku nak concern. baru aku sedar ni merupakan salah satu jenayah.

aku bukanlah arif sangat kalau nak ulas atau cerita panjang mengenai buli siber ni tapi aku cuma nak ingatkan dekat semua yang baca blog ni yang buli siber tu wujud gais. kalau bukan diri sendiri yang kena, mungkin kawan kita atau family kita sendiri. sekarang zaman makin canggih, macam macam aplikasi yang muncul dan tak kurang jugak hebatnya dekat media sosial ni jadi kita kena lebih berhati hati.


bagi aku, masyarakat sekarang kurang didedahkan dengan buli siber ni. mungkin mak ayah kita yang gunakan media sosial taktahu pun pasal buli siber ni, adik beradik kita dan kawan kawan kita jugak. jadi yang dah ada kesedaran tu, tolonglah sama sama tunjukkan mereka mengenai buli siber ni. ajarkan jugak mereka tentang internet safety. takpayah berdebat kenapa benda ni penting, terus je buat sebab memang penting.

Last sekali, bagi aku akaun macam sarahah dan curious cat tu takperlu buat selagi keadaan mendesak. kita susah nak trace kalau diorang menyamar jadi anon.
ntah ntah "anon" yang serang korang tu dari kenalan korang jugak. siapa tahu kan ? zaman sekarang bukan semua orang  baik baik. kita kena hati. kita taktahu siapa yang baik hati siapa yang busuk hati.
*********
aku mintak maaf tulisan aku ni berterabur sebabnya aku stuck dekat pertengahan jalan dan aku bantai je sebab aku dah lost. 

so siapa siapa yang pernah kena buli siber ni marilah berkongsi pendapat, pengalaman atau pesanan.
mungkin ada diantara pembaca blog aku ni yang tengah cari solution dan tiba tiba nampak komen murni korang, secara tak langsung korang dah tolong orang.
nak share tips elakkan dari jadi mangsa buli siber pun boleh. 

3 comments:

farhanna jafri said...

Ada je curious cat ni dan banyak je soalan kasar/lucah macam ni tapi kita ada option untuk delete dan ignore. Bila kita buka ruang untuk orang membuli so jangan expect orang akan komen yang murni2. Just ignore dan ambil yang positif je :)

Zinnia Z A Shaklee said...

bagus entry ni ....

Chris (X) said...

tbh, i really love all your writings. semua original amd real. i hope you'll not stopping writing entries like this hehe.