Thursday, 16 August 2018

Tips Pakai Wedges

hai guys. siapa suka pakai wedges ? biasanya perempuan akan pilih wedges berbanding dengan high heels untuk yang baru belajar nak pakai kasut tinggi sebab lebih stabil. ketebalan tapaknya yang start dari belakang tumit sampai hujung jari buatkan rasa selesa untuk jangka masa yang lama. bukan tu je, pakai wedges ni buat nampak moden dan trendy, and yang paling penting nampak tinggi slim.

kasut ni boleh pakai bil bila je tak kiralah majlis apa pun. tapi korang kena bijak jugak gayakan kasut ni, kalau tak korang jadi fashion victim. aku ni bukanlah reti sangat dalam fashion ni tapi kali ni aku nak share sikit tentang " tips pilih wedges ikut majlis "

TIDAK FORMAL
kalau korang nak berjalan-jalan sambil bersantai, wedges ni sesuai digayakan dengan pakaian casual macam seluar jeans ataupun legging. tambahkan aksesori macam rantai etnik aau rantai yang diperbuat dari batu batuan ataupun kaca. haa mesti ootd korang akan meletopzzz. 

SEMI FORMAL
untuk acara semi formal, korang boleh sarungkan tanktop dengan pakai blazer atau kardigan. pastu pakai dengan seluar panjang atau skirt yang jenis denim. untuk ke office, wedges sesuai jugak pakai dengan kemeja + seluar panjang/skrit

FORMAL
untuk majlis formal pulak, wedges sesuai pakai yang tak menutup kaki supaya nampak kelangsingan kaki. tapi kena ikut lah majlis apa. pandai pandailah korang mix and match kan sendiri.

aku sendiri pun taktahu nak terang macam mana yang last tu. sorry guys. sampai sini je entri aku. harap dapat membantu. 




Maaf Atas Penggunaan "AKU" Pada Yang Lebih Tua

Tuesday, 14 August 2018

Life as a jobless person


hi guys ! harini aku nak share dengan korang rutin aku atau apa yang aku buat sepanjang jobless ni. aku sekarang baru je berhenti kerja sebab dah nak masuk universiti, so biarlah aku buat persiapan.

jobless. ya menganggur. takde kerja, takde duit.
happy ke?

honestly ya sebab aku dah tak stress dengan kerja. alhamdulillah. lagipun ni keputusan aku sendiri.


  • JADI SURIRUMAH

okey this is the first thing ; jadi suri rumah. for your information, aku ni bukanlah kaki merayap yang selalu keluar rumah walaupun aku ada lesen motor dan kereta. tapi kalau ada orang ajak aku onz je. aku cuma keluar bila orang ajak je. kalau sendiri memang takde lah.

pagi tu aku mandi, basuh kain, sapu sampah, tengok tv
tengah hari aku makan, ambik adik dan hantar adik pergi sekolah
petang tengok tv, lipat kain, and others

see ? lifeless kan ? tapi takpe aku bahagia. ewahhhh


  • BLOGWALKING


sejak dah jobless ni aku makin aktif pulak main blog. aku memang suka baca post yang panjang panjang hehehe. dan aku rasa sementara aku free ni lah nak blogwalking dan schedule post banyak banyak. hmm setakat ni dah banyak aku schedule post, kot kot lah aku busy nanti kan ?


  • BISNES ONLINE/DROPSHIP


sekarang aku tengah run bisnes jual baju dan minyak wangi. sebelum ni aku pernah join dropship jugak tapi aku quit sebab busy study masatu. so sekarang aku run bisnes balik, sambil sambil buat income. aku suka dengan jadi dropship ni sebab mudah, aku tak perlu keluarkan modal & takperlu pegang barang. sambil sambil main phone tu, duit pun masuk.


  • WORKOUT 

sekarang aku tengah aktif diet hahaha. dekat rumah aku selalu workout since aku ada banyak masa. aku selalu buat plank, push up, main skipping, jog, main basikal and kadang kadang buat senaman ringan. dari dulu aku teringin nak workout tapi dulu aku terikat dengan kerja & sekolah. sekarang ni ada masa baik aku workout. diet pun senang kalau dah kat rumah je, trust me. 



setakat ni tu je yang aku buat masa "cuti" ni. kalau ikutkan plan aku, banyak lagi benda yang nak aku buat tapi masa dan keadaan tak sesuai lagi.

selain tu, aku ada jugak tengok movie, baca buku tapi takdelah seaktif tiga benda ni thats why aku tak cerita. okeylah sampai sini je kali ni.aku mintak maaf kalau tulisan aku ni berterabur sebab aku bukan reti nak susun ayat. aku cuma taip apa yang ada dalam otak aku.
sekian terima kasih. bye




Maaf Atas Penggunaan "AKU" Pada Yang Lebih Tua

Saturday, 11 August 2018

Cara Kawal Kemarahan


sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau lebih dikenali dengan ego. lagi besar ego seseorang lagi besarlah marahnya. 
 hai guys. selamat pagi.

agaknya macam mana orang semua kawal marah ye ? hurmmm bukan apa semalam ada sorang kawan aku dia ws aisyah tanya macam mana nak kawal kemarahan dia tu. pelik dengan soalan tu. dalam fikiran aku, aku pun terfikir macam mana ek aku control emosi aku. kadang kadang aku terasa yang aku ni baran jugak bila ada yang tak kena mula lah aku angin. alaaa manusia biasalahkan kadang kadang okey kadang kadang tak. lumrah alam hehehe. 

jawapan aku dekat soalan kawan aku tadi adalah dengan bersolat dan jangan sesekali skip solat sebab solat tu wajib. 

kawan aku kata, dia ni kalau tension suka dengar lagu yang kuat-kuat. biasanya pilih lagu techno, rihanna dan macam macam lagi. tapi bila dah semak sangat, dia akan mula dengar lagu nasyid dan zikir zikir yang dipasang. katanya kemarahan dia redha sikit. 


aku cadangkan supaya dia pergi bercuti ke tempat yang dia suka. aku suruh dia ambik cuti panjang biar masalah berserabut di kepala dapat diselesaikan. aku sebenarnya lagi prefer kalau dia bersama dengan keluarga kerana keluarga lebih memahami situasi yang kita hadapi. bercerita dengan keluarga bukan untuk buat mak ayah kita tambah serabut dengan masalah kita tapi sekadar mintak pendapat. iyelah mereka kan lagi tua , terlebih dahulu makan garam dari kita. betul tak ?

lagi satu, apa yang ingin aku katakan adalah bersabar dan memaafkan. dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang bersabar dan memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal. percaya pada janji allah. memanglah  sekarang kita akan rasa sakit hati dan marah tapi kalau kita reda kita akan rasa tenang dan kepala pun tak serabut.

jangan terlalu fikir benda yang dah lepas, jadikan ia satu pengajaran.

sekian tazkirah aku.





Maaf Atas Penggunaan "AKU" Pada Yang Lebih Tua

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelek dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dengan atau tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya